Kamis, 19 Maret 2015

Pelancar rejeki

Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan:
Ada empat hal pelancar rezeki:
1- shalat malam
2- memperbanyak istighfar di waktu
sahur
3- membiasakan sedekah
4- berdzikir di pagi dan petang
Ada empat hal penghambat rezeki:
1- tidur pagi
2- sedikit shalat
3- malas-malasan
4- sifat khianat

Sabtu, 07 Maret 2015

Kunci rejeki

Kunci Rezeki Yang Pertama: Istighfar dan
Taubat
i. Hendaklah dia menahan diri dari
melakukan maksiat (tidak mengulanginya
lagi).
ii. Hendaklah dia menyesal terhadap
keterlanjurannya.
iii. Hendaklah dia bercita-cita untuk tidak
mengulanginya lagi.
iv. Hendaklah dia melepaskan hak
tuannya. Hendaklah memulangkan semula
harta kepada tuannya atau meminta maaf
atau meminta kemaafannya. Tanpa salah
satu ciri-ciri ini, menurut para ulama,
maka taubatnya adalah tidak sah.
Kunci Rezeki Yang Ke-2: Taqwa
Memelihara diri dari perkara yang
menjerumuskan dosa; dan yang demikian
di peroleh dengan meninggalkan perkara
yang haram. Manakala ketaqwaan itu
dapat disempurnakan dengan
meninggalkan sebagian perkara yang harus
(mubaah).
Kunci Rezeki Yang Ke-3: Berserah Diri
(Tawakal) kepada Allah.
Berserah diri itu bukanlah meninggalkan
usaha (bekerja keras); dan sungguhnya
seseorang Islam perlu bekerja keras,
bersungguh-sungguh dan berusaha mencari
sumber pendapatan. Akan tetapi
janganlah pula berpegang kepada kerja
keras, kesungguhan dan usaha semata-
mata (tanpa memohon kepada Allah);
malah hendaklah beri’tiqad (mempercayai)
bahawa semua perkara itu adalah
kepunyaan Allah; dan sesungguhnya segala
rezeki itu adalah dari Allah, Tuhan Yang
Maha Esa.
Kunci Rezeki Yang Ke-4: Beribadah
kepada Allah Sepenuhnya.
Maksudnya bukanlah dengan cara
meninggalkan usaha kehidupan dan duduk
dalam masjid malam dan siang, tetapi
apa yang dimaksud adalah menghadirkan
hati dan tubuh di kala beribadah, terasa
kusyu’ dan tunduk kepada Allah Yang
Maha Esa, merasakan Kebesaran Allah
Ta’aala dan merasakan bahawa dirinya
sedang bermunajat dengan Rabnya yang
maha Agung lagi Maha Berkuasa.
Kunci Rezeki Yang Ke-5: Melanjutkan Haji
Dengan Umrah Atau Sebaliknya
Maksudnya hendaklah menjadikan salah
satu di antara keduanya bersambungan,
yaitu apabila kamu telah berhaji, maka
hendaklah diikuti dengan umrah; dan
apabila kamu telah ber‘umrah, maka
hendaklah kamu berhaji; kerana
keduanya saling melanjutkan (jika
mampu).
Kunci Rezeki Yang Ke-6: Menyambung
Silaturrohim
Kata silaturrohim (menghubungi keluarga)
adalah berlaku baik kepada keluarga atau
kerabat yang mempunyai pertalian
keturunan dan sebab hubungan
perkawinan; juga hendaknya bersifat
lemah-lembut dan bersimpati kepada
mereka dan mengawasi keadaan-keadaan
mereka.
Kunci Rezeki Yang Ke-7: Berbelanja Di
Jalan Allah
Maksud berbelanja (disini) ialah :
Berbelanja yang dianjurkan dalam Agama
seperti berbelanja kepada orang fakir dan
berbelanja di jalan Allah untuk menolong
Agama (Islam).
Kunci Rezeki Yang Ke-8: Berbelanja
Kepada Penuntut Ilmu Islam.
Berbelanja kepada penuntut ilmu atau
orang-orang yang menghabiskan waktunya
untuk mencari ilmu Agama Islam (Syara’).
Kunci Rezeki Yang Ke-9: Membantu Orang
Yang Lemah (Miskin).
Mencari keridhaan Allah dan Rasulnya
dengan membantu dan menolong orang-
orang fakir (yaitu sangat miskin atau
orang yang memperoleh pendapatan yang
serba tidak mencukupi). Allah akan
menolong bagi siapa yang berbuat demikian
bagi menentang musuh-musuhnya (di
kalangan orang-orang Kaafir) dan juga
merezekikannya (sehingga mereka menjadi
kaya).
Kunci Rezeki Yang Ke-10: Berhijrah
Dijalan Allah.
Maksud hijrah sebagaimana kata Al-
Imaam ar-Raaghib Al-Ashfahaani
Radhiyallohu'anhu ialah “jalan keluar dari
Negara kufur (syirik) ke Negara beriman
(tauhid), sebagaimana perlakuan
penghijrah dari kota Mekah ke kota
Madinah.’Hijrah itu wajib – sebagaimana
kata as-sayyid Muhammad Rasyiid Ridha:
“Dimana kewujudan berhijrah di jalan
Allah Ta’aala bagi menegakkan AgamaNya
sebagaimana yang diwajib dan dikasihi
Allah Ta’aala, di mana orang-orang
Mu’min hendaknya menolong orang-orang
yang dizalimi orang-orang Kafir.”

Senin, 02 Maret 2015

SEDEKAH

Apa yg km berikan akan tersimpan bukan malah berkurang.PERCAYALAH......